Thursday 29 May 2008

sedihnya.

setelah sekian lama tidak menggunakan bahasa malaysia dalam kehidupan seharian ataupun kerja sekolah saya, kepetahan dan kefasihan saya dalam bahasa kebangsaan tanah air tercinta telah pudar. walaupun bahasa malaysia tidak merupakan bahasa yang begitu penting di pentas antarabangsa, saya berasa bahawa kebolehan untuk berbahasa malaysia adalah suatu bakat yang harus saya pelihara dan juga pulihara. ini penting, pada pendapat saya, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk menambah kepada senarai bahasa yang boleh saya cakap, tetapi untuk memantapkan identiti saya sebagai seorang rakyat malaysia yang telah dilahirkan dan menetap di malaysia sejak saya dilahirkan sehingga beberapa bulan yang lalu.

saya jarang menggunakan bahasa malaysia. saya berfikir dalam bahasa inggeris, bermimpi dalam bahasa inggeris, menulis dalam bahasa inggeris, dan berbual dalam bahasa inggeris. sambil menulis karangan ini pun, saya membentuk fikiran dan membina ayat saya dalam bahasa inggeris kemudian menterjemahkan perkataan-perkataan itu kepada bahasa malaysia dalam minda saya sebelum menekan papan kunci komputer saya. proses yang agak menjengkelkan. walaupun saya mendengar dan memahami perbualan dan ejekan teman-teman serumah saya yang berasal dari indonesia, jarang saya menyertai mereka. saya hanya ketawa dan mengangguk. jika perlu, saya menjawab dalam bahasa inggeris. tidak hairan sebenarnya, melihatkan bahasa inggeris merupakan bahasa yang pertama saya tuturkan.

apabila rakan-rakan saya bertanya akan perkataan dalam bahasa malaysia untuk perkataan bahasa inggeris ataupun bahasa indonesia, ada kalanya saya tidak tahu ataupun sudah lupa. seringkali perkataan yang ditanyakan merupakan perkataan "slang" atau tak formal. masalahnya, kebanyakan perbualan dengan kawan-kawan saya di malaysia dijalankan dalam bahasa inggeris. saya tidak menggunakan bahasa malaysia jika tidak perlu. apabila menyampaikan ucapan rasmi di sekolah pun saya "meminta izin untuk meneruska ucapan saya dalam bahasa inggeris!" agak memalukan juga.

petang ini saya menghadiri suatu acara yang diadakan oleh pusat antarabangsa di kampus. acara tersebut disertai oleh siswa-siswi dari pelbagai negara, seperti negara austria, burkina faso (di afrika), korea, jepun, dan indonesia. semasa saya menonton persembahan-persembahan yang disediakan, saya kagum dengan kepelbagaian kebudayaan di dunia ini. pada masa yang sama, saya memerhatikan suatu kesamaan yang sukar dijelaskan; suatu kesamaan yang menghubungkan kita sebagai manusia yang sama-sama melalui hidup ini.

saya ingin sangat mempersembahkan kebudayaan malaysia yang begitu kaya dan menarik. benar. tradisi-tradisi cina, melayu, india "dan lain-lain" yang mempunyai keunikan sendiri, dan yang telah diamalgamasi untuk membentuk satu tradisi malaysia yang lain daripada yang lain. tetapi saya tidak mempunyai keyakinan dalam diri saya untuk menyampaikan imej malaysia yang jitu. apa yang boleh saya nyanyikan, tarikan atau ucapkan? mengapa, agaknya, amalan tradisi dipandang begitu remeh di kalangan pemuda-pemudi, terutamanya yang duduk di bandar? kenapa kebudayaan barat begitu disanjungi dan diminati? aneh. tetapi tidak juga.

i think i am more of a coconut and a banana (half of each - a coconana!) than i realize or admit.

4 comments:

Unknown said...

I am happy that signs of an intangible return on the investment in an overseas education is being manifested.

May said...

jangan la sedih saudariku...
bahasa malaysia anda tidak sekarat macam saya.
saya berasa malu sekarang kerana saya tahu tatabahasa saya adalah teramat salah.

saya rindu bau kamu. jangan risau, saya bukan gila.

Bryan said...

I'm glad you are a coconut and a banana.

delle. said...

alpha: did you mean alpha as in alpha ckk? =P and i'm happy you're happy!

siow may: saya tidak sedih, hanya berfikir. =) jangan berasa malu... dan maaf, saya tidak begitu rindu akan bau kamu! ah, kita sama-sama gila.

bryan: i'm glad you're neither.